Followers

Sunday, October 25, 2015

TIME CAPSULE RETREAT, SG LEMBING



Monday Blues!

 Shhuhhh. Mana ada blues blues ni. Happy working guys! 'Pinjam' masa kejap je nak update blog, japgi sambung buat kerja. 


Semalam cerita pasal tempat bercuti best kat Janda Baik kan. Harini pun nak cerita benda yang sama, tapi di Sg Lembing, Kuantan. Still dalam negeri Darul Makmur wuhuu. Jangan taktau, Pahang mmg kaya dengan tempat pelancongan/percutian menarik! 

Sambung cerita...

 Tempat bercuti kali ini sangat menarik dan unik. Terletak di Sg Lembing, Kuantan Pahang. Memang jauh sikit la dari bandar Kuantan tu. Ni kira percutian 'back-to-nature' jugak ni. Meh layan gambar.


Welcome. Wehoooo!


Ada dua jenis, satu yang mcm gambar atas ni, satu jenis lagi macam gambar bawah ni. Apa beza?

Kami pilih yang ini. Kenapa? Sebab yang atas tu, langsir. So maksudnya kalau malam, mmg boleh nmpk bayang la kalau buka lampu. Ngehehe. Bahaya orang nampak.

Toilet di luar. Tak jauh, beberapa langkah je dari bilik.  Jangan risau takut ke apa.

Tadaaaa. Cantik bukan. Inside the 'kolong'. Siap boleh star gazing weh. Buka langsir belakang tu nampak hijau yg sungguh mendamaikan.

Malam pun tiba

View malam hari. Cantik!



Mesti tertanya-tanya aktiviti apa boleh buat kat sini kan.
Since percutian ni mmg percutian 'back-to-nature' katanya, kita menikmati alam la. Ada dua aktiviti selalu org buat, satu; hiking bukit panorama untuk lihat sunrise. Kedua; naik 4wd, hiking sikit, redah sungai sikit untuk ke air terjun pelangi.

Kami pilih -air terjun pelangi.


naik 4WD dulu beramai-ramai. Meriah. Sebab banyak sekali 4WD drive.

lepas perjalanan berliku, akhirnya sampai jua. Indah.

Nampak tak tu pelangi nya?

Agent supply maggi cup dan milo panas. Nikmat betul layan tengah sejuk masa tu.



Amacam uolls? Teruja tak? Sila la booking cepat. Cuti tak banyak? Eh, takpe. Weekend 2H1M pun cukup. Lari sikit dari kesibukan kota, dari jerebu yang melanda, rehatkan diri anda di TIME CAPSULE RETREAT.



DANAU DAUN CHALET

" Jumpa Janda Baik, bawak balik janda baik!"

Salam semua.

Tetiba keluar lirik lagu Baik apa kaitan? ^_^
 
Actually, nak cerita pasal satu tempat best untuk bercuti ni. Boleh pi dengan family or kawan-kawan, buat reunion boleh, family day pun boleh. Dalam Malaysia aje, cuti tak payah lelama. 2H1M pun dah cukup! :)
 
 Ni dia....
Danau Daun Chalet, Janda Baik, Pahang Darul Makmur.
 
Sila cuci mata dulu lah ye

Buka pintu... Assalammualaikum

 Welcome note atas katil

Port lepak tengah kolam


Posing dulu

Pemandangan penuh luar rumah




Posing atas titi pun lawa


Meh nak cerita.
Kat danau daun ni ada beberapa jenis chalet, yang kami duduk ni ialah DANAU DAUN CHALET 2. Harga RM500 (weekend) untuk 5 orang. Maximum  capacity boleh muat 7 orang dewasa. So tambahan lagi 2 org tu kena bayar RM50 per pax. Since kami ckup 7 org, jadi RM600/7 =RM85.71 je sorang. Murah ke idok? For me, still under badget la tu. Dapat rumah mmg gila cantik. Mana mau dapat.

Aktiviti kat sini? Kat Janda Baik ni mmg terkenal dengan sungai. Jadi boleh la bermandi manda di sungai ye memasing. Tapi sungai nya bukan dalam kawasan chalet ni. Since kami sampai  hujan rahmat pun turun, kami tak keluar mana, duduk rumah relax-relax. Then bila dh reda hujannya, kami set-up for BBQ :)

Alat-alat, bahan mentah untuk BBQ tak include ye dlm harga bilik tu. Ni memasing bawak. Tapi pihak chalet ada sediakan BBQ pit.

Aiseh. Takde pulak pic kami ber-BBQ.

Sebagai ganti, layanlah ye gambar dalam rumah.


Bedroom 1

monyok sebab berebut bilik tak dapat


Bedroom 2

Bedroom 1


Living room
Punya verandah yang cantik

Toilet, setiap bilik ada satu toilet
 
Kepada sesiapa yang berminat, boleh la rujuk website Danau Daun untuk ketahui lebih lanjut :

http://www.danaudaunchalets.com/

Danau daun 1 dan Danau daun 2 bersebelahan shj. Its time to say GOODBYE! Till we meet again.