Followers

Tuesday, July 1, 2014

SAMBAL HITAM PAHANG. ORIGINAL FROM PAHANG!

Salam Ramadhan hari ke -4. Alhamdulillah --

Pagi ni sebelum aku mulakan kerja hakiki aku, jejari tak berapa runcing aku ni rajin pulak lah nak menaip entri.

Maaf lah kalau pepagi lagi dah buat korang terliur. Memang confirm terliur. Ampun sesiap !

Sape  sini pernah makan 'sambal hitam/sambal Pahang'? Uish, kalau sape yg belum tu, cepat-cepat masukkan dalam wishlist, cepat cepat dapatkan. Memang sedaaap babe.

Kenapa  namanya sambal Pahang? Sebelum ni ia dikenali dengan sambal hitam. Tapi sebabkan produk ni memang asal dari Pahang, jadi dah diperkenankan nama barunya adalah sambal Pahang. Bangga-lah semua rakyat jelata negeri Pahang ;)


Ramuan utama nya, belimbing buluh, bawang besar, cili padi dan ikan bilis. Rasanya? MASAM-MASAM PEDAS! Simple bahan-bahannya kan. Tapi nak buatnye bukan mudah ye. Nak merebus dulu belimbing buluh tu, then nak tumbuk dlu ikan bilis (kalau blander tak sedap, hancur). Jadi jangan mengeluh kalau jumpe di pasaran, ia di jual dengan harga agak tinggi. Sebabnya harga bahan mentah yg agak mahal, iaitu ikan bilis dan jugak belimbing buluh yg agak susah nak dapat.  Kalau jumpe sebekas (250g) RM15 tu kira murahlah tu. Hehehe.

Okay meh nak belanja gambar.


senjata utama -buah belimbing buluh
 
 
 
Belimbing buluh yang telah direbus
 
 
 
bahan-bahan lain untuk membuat sambal hitam

 
inilah hasilnyaaa. Nyums!
 
Boleh dimakan bersama roti, nasi impit  dan paling nikmat, makan bersama nasi putih panas-panas. Kaw kaw  terangkat babe --


Boleh dinikmati bersama roti

 dan juga nasi. Mantop --





Terliur tak?
ngehngehngeh


p/s: gambar ihsan dari Google.

No comments: