Followers

Monday, June 30, 2014

SALAM RAMADHAN

Salam Ramadhan bagi umat Islam.

Sudah Ramadhan ke-3 harini. Alhamdulillah masih mampu untuk berpuasa :)
Berkesempatan juga untuk menyambut awal ramadhan bersama mak ayah haritu. Nikmatnya dapat berbuka dengan masakan mak. Nyummms! Hancus plan diet, kekonon dietlah --

Bulan ramadhan ni seperti biasalah, banyakkan segala amalan - amalan baik ye. Baca alquran, berzikir, bersedekah. Ye. Memang sebelum ni pun mengaji alquran, tapi untuk bulan yang mulia ni cuba untuk lipat gandakan bacaan helaian nya. * Nasihat ni untuk diri sendiri jugak. Yang penting sekali, jangan ikutkan sangat nafsu makan bila buka puasa tu. Nanti kenyang terlampau terus terbongkang tak pergi solat terawih. Kan dah rugi situ.


Oh ye, sahur jangan lupa. Bangun sahur, minum seteguk air masak pun dapat pahala tau. Rugi kan kalau kita tak buat. Bangun untuk layan world cup 2014 boleh, takkan sahur tak boleh. Ye dak? --

Hasil bacaan di blog, terjumpalah satu artikel ni tentang kesalahan yang selalu kita buat ketika bulan Ramadhan.

1) Memasuki Ramadhan Dengan Hati Kotor
2) Tidak Membersihkan Harta
3) Tidur Berlebihan
4) Kurang Berdoa Ketika Berpuasa
5) Bebas Makan Minum
6)  Berbelanja Berbuka Secara Berlebihan
7) Hanya Membaca Doa Berbuka
8)  Makan Berlebihan Ketika Sahur Dan Iftar
9) Makan Sahur Sebelum Tidur
10) Bersahur Sahaja Tanpa Melakukan Ibadah
11) Salah Anggap Waktu Imsak Sebagai Penamat Sahur
12) Tidak Menunaikan Solat Fardhu Ketika Berpuasa
13) Bermalasan Dan Tidak Aktif
14) Mengabaikan Solat Subuh Berjemaah
15)  Meninggalkan Solat Tarawih
16)  Terpesong Niat Bertarawih
17)  Meninggalkan Solat Witir Berjemaah
18)  Tidak Berniat Iktikaf
19)  Masih Tidak Merasa Malu Membuka Aurat
20) Wanita Ke Masjid Tanpa Menjaga Aurat
21) Berpuasa Tapi Melakukan Maksiat
22) Tidak Mengeluarkan Zakat Fitrah
23)  Sibuk Memikirkan Persiapan Hari Raya


Untuk ulasan terperinci bagi setiap satu , bolehlah rujuk di link blog ini:

http://shafiqolbu.wordpress.com/2013/07/28/23-kesilapan-yang-selalu-dilakukan-di-bulan-ramadhan/#more-7259

No comments: