Followers

Monday, June 30, 2014

SALAM RAMADHAN

Salam Ramadhan bagi umat Islam.

Sudah Ramadhan ke-3 harini. Alhamdulillah masih mampu untuk berpuasa :)
Berkesempatan juga untuk menyambut awal ramadhan bersama mak ayah haritu. Nikmatnya dapat berbuka dengan masakan mak. Nyummms! Hancus plan diet, kekonon dietlah --

Bulan ramadhan ni seperti biasalah, banyakkan segala amalan - amalan baik ye. Baca alquran, berzikir, bersedekah. Ye. Memang sebelum ni pun mengaji alquran, tapi untuk bulan yang mulia ni cuba untuk lipat gandakan bacaan helaian nya. * Nasihat ni untuk diri sendiri jugak. Yang penting sekali, jangan ikutkan sangat nafsu makan bila buka puasa tu. Nanti kenyang terlampau terus terbongkang tak pergi solat terawih. Kan dah rugi situ.


Oh ye, sahur jangan lupa. Bangun sahur, minum seteguk air masak pun dapat pahala tau. Rugi kan kalau kita tak buat. Bangun untuk layan world cup 2014 boleh, takkan sahur tak boleh. Ye dak? --

Hasil bacaan di blog, terjumpalah satu artikel ni tentang kesalahan yang selalu kita buat ketika bulan Ramadhan.

1) Memasuki Ramadhan Dengan Hati Kotor
2) Tidak Membersihkan Harta
3) Tidur Berlebihan
4) Kurang Berdoa Ketika Berpuasa
5) Bebas Makan Minum
6)  Berbelanja Berbuka Secara Berlebihan
7) Hanya Membaca Doa Berbuka
8)  Makan Berlebihan Ketika Sahur Dan Iftar
9) Makan Sahur Sebelum Tidur
10) Bersahur Sahaja Tanpa Melakukan Ibadah
11) Salah Anggap Waktu Imsak Sebagai Penamat Sahur
12) Tidak Menunaikan Solat Fardhu Ketika Berpuasa
13) Bermalasan Dan Tidak Aktif
14) Mengabaikan Solat Subuh Berjemaah
15)  Meninggalkan Solat Tarawih
16)  Terpesong Niat Bertarawih
17)  Meninggalkan Solat Witir Berjemaah
18)  Tidak Berniat Iktikaf
19)  Masih Tidak Merasa Malu Membuka Aurat
20) Wanita Ke Masjid Tanpa Menjaga Aurat
21) Berpuasa Tapi Melakukan Maksiat
22) Tidak Mengeluarkan Zakat Fitrah
23)  Sibuk Memikirkan Persiapan Hari Raya


Untuk ulasan terperinci bagi setiap satu , bolehlah rujuk di link blog ini:

http://shafiqolbu.wordpress.com/2013/07/28/23-kesilapan-yang-selalu-dilakukan-di-bulan-ramadhan/#more-7259

Wednesday, June 25, 2014

CUTI-CUTI JAKARTA-YOGYAKARTA-BANDUNG - PART THREE

Hello.


Cerita pasal candi lagi ye kali ni :)

Okay, selain ada candi Borobudur, kat sini juga ada satu lagi candi yang famous, Candi Prambanan.


Candi Prambanan ni hampir musnah keseluruhan akibat gempa bumi pada tahun 2006. Ada beberapa kuil yang masih dalam proses pembinaan semula dan baik pulih.



 
Bayaran masuk candi ni lebih kurang harga masuk Borobudur. Tapi aku tak ralat nak bayar mahal sebab kesian tengok pekerja-pekerja sana bertungkus lumus membaik pulih kuil kuil yg musnah tu. Dan sepertimana masuk Borobudur, kat sini pun kami di beri kain untuk di pakai.
 
 
Kalau dah sampai ke Jogja, wajiblah kiranya untuk singgah di Borobudur dan Prambanan okay!
 
Next destination kami ke Keraton Ratu Boko. Macam kuil juga bangunannya. tapi tak se-gah Borobudur dan Prambanan. Bayaran masuk Rp 110 000, ini pakej untuk tengok sunset sekali dengan makan, minum di cafe. Kalau pakej biasa, Rp 90 000 tak silap.
 
 
 
 
 

 
 
Habis dah cerita pasal candi candi. Next entri nak cerita pasal apa pun taktau lah lagi. Teheee.
 
Jumpa lagi.
 
Bai.

Tuesday, June 24, 2014

CUTI-CUTI JAKARTA-YOGYAKARTA-BANDUNG - PART TWO

Hello.

Maigadddd. Tak konsisten betul aku ni menaip kan. Seminggu tinggal blog sunyi sepi * fefeeling macam ada ramai readers je. Kahkahkah.

Meh nak sambung cerita pasal trip haritu. So entri ni kira part two punya kisah la ye.


Destinasi pertama kami di bumi Jogja sudah semestinya tapak warisan dunia ini, Candi Borobudur. Bila nampak je Borobudur dari jauh, rasa kagum sangat dengan ciptaan manusia dahulu kala ni. Dan paling tak percaya, aku dapat tengok sendiri depan mata. Dulu mampu usha dari dalam mukasurat buku teks sejarah je. Kali ni, aku jejak kaki sini beb. Wal-lah !

 
 
Tengok. Tengok tu! Besaaaaarnya. Tinggggi nya. Berpeluh ketiak nak sampai atas. Kahkahkah.

Candi Borobudur ni adalah 'kuil' bagi kaum yang beragama Buddha. Ada satu lagi candi yang kami pergi, Candi Prambanan. Prambanan ni 'kuil' bagi kaum yg beragama Hindu. Sebelum nak masuk candi Borobudur ni, kena pakai dulu kain yang diorang bagi. Tak pasti ntk apa motif nya pakai kain tu, tapi aku andaikan seperti mana kita nak masuk masjid, mesti tutup aurat. Macam tu lah kot.

Bayaran masuk pulak agak mahal. Berbeza harga antara pelancong luar Negara, Rp220 000 dan dalam Negara, berapa puluh rupiah je weh. Ketara beza kot. Ada orang suruh menyamar je jd warganegara dorang *hasil bacaan dari blog. Tak berani aku. Nasib baik aku simpan lagi student card masa master dulu. Dapatlah separuh harga dari harga pelancong luar tadi, Rp115 000.Muehehehe ---







Yeay! Dah sampai atasss.

Dah habis pusing,  da habis posing, jom lah kita ke tempat lain ye. Next entri nanti aku cerita.

Jumpa lagi.
Bai.

Monday, June 16, 2014

CUTI-CUTI JAKARTA-YOGYAKARTA-BANDUNG - PART ONE

Hi.


Harini baru nak bercerita tentang percutian aku ke bumi jawa  tempoh hari. Selalu orang kalau bercuti ke Jakarta, pasti pergi ke Bandung kan. Sama dengan aku, tapi kali ni extend sikit perjalanan ke bumi jawa timur, Yogyakarta. Kira-kira 8 jam perjalanan naik keretapi.


 
Bermulalah 'pengembaraan' kami berdua di bumi jawa sebaik shj menjejakkan kaki di Soekarno-Hatta Airport Jakarta. Iya, cuma berdua. Wanita. Kagum? --
 
 
 
Selepas selesai urusan imigresen dan luggage, terus kami meluru ke kaunter bas di luar airport dan pilihan kami tentunya bas Damri. Nak jimat, sebab tu taknak ambil teksi. Tetapi kalau sesiapa nak ambil teksi, sila pilih teksi Blue Bird ya. Teksi ni sahaja yang menggunakan meter. Yang lain, TAK!
 
 
Ini lah tiket bas kami.
 
Kemana halatuju kami? Bukan ke hotel ye kalian.  Kami decide untuk terus ke Yogyakarta dengan menaiki tren waktu malam. Jadi kami perlu sampai di Stasiun keretapi Gambir sebelum jam 8.40 malam, tiket keretapi sudah dibeli online oleh sahabat aku, Aiman.
 
 
Perjalanan dari airport ke stasiun gambir mengambil masa lebih kurang 45 minit. Tetapi, disebabkan kemacetan yang teruk sekali di Jakarta, perjalanan kami lebih kurang 3 jam. Dalam bas tak senang duduk dah kami. Risau kalau terlepas tren. Dalam hati masa tu dah pasrah. Memang dah tak fikir apa. Dan akhirnya kami sampai stasiun gambir tepat jam 8.40 malam. Masih berharap sebenarnya, berharap keretapi delay. Dan Allah memakbulkan harapan aku tu. Ya, keretapi masih belum sampai dan ini bermaksud kami belum terlepassss tren ke Yogyakarta. Alhamdulillah --
 

Sempat lagi bergambar di landasan, dengan berlatarbelakangkan MONAS :)
 
Perjalanan kami mengambil masa 8-9 jam. Kami menaiki tren Taksaka Malam, Eksekutif. Actually ada 3 jenis. Economy, Bussiness dan Eksekutif. Harga berbeza beza mengikut jenis dan yang paling selesa dan paling mahal (takde mahal mana ) adalah Eksekutif ye. Disediakan bantal serta selimut juga.
 
 
Jadi apalagi, tidur lah kami sampai ke pagi even tak berapa nyenyak :)
 
Sekitar jam 7 pagi, kami selamat tiba di Stasiun Tugu, Yogyakarta.  Dah ada supir yang menunggu kami di stasiun, Yusuf namanya. Destinasi pertama kami sudah semestinya Candi Borobudur.
 
 
Morning Jogja!
 
Okay, cerita tentang perjalanan kami bersama Yusof di sekitar Jogja akan aku sambung entri akan datang ye.
 
Jumpa lagi.
Bai.


Sunday, June 15, 2014

100 HARI MENGENANG MH370


Masih terbayang dan terngiang-ngiang ucapan PM Najib di kaca TV, ketika mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di Lautan Hindi. Dengan nada yang sayu, sebak, semua bercampur baur. Allah -- 

Aku tak sedar, semalam sudah genap 100 hari pesawat MH370 hilang dari pandangan. Kebetulan tonton berita TV1 semalam, baru tersedar.  Dah 100 hari rupanya.  Usaha mencari masih lagi diteruskan sehingga kini, tiada istilah putus asa. Berdoa dan teruslah berdoa.


Ya. Memang banyak sekali khabar angin, andaian dan pandangan umum masyarkat terhadap kejadian ini. Jangan kita sebarkan segala 'info' yang belum pasti itu. Apa yang pasti, teruskanlah berdoa. Itulah senjata utama kita.




Sebak tengok gambar ni.

Wednesday, June 4, 2014

JOURNEY BEGIN - 6 DAYS 5 NIGHTS

Hi.

Indonesia, here I come! This is my second time. Kali ni cuma berdua.


Perjalanan aku akan bermula dari KLIA2 dan mendarat di Soekarno Hatta Jakarta Airport. Kemudian akan ke YOGJAKARTA, ibu negara lama bagi Indonesia menaiki keretapi waktu malam. Dan selepas itu, aku dan kawan akan berpatah balik ke Bandung juga menaiki keretapi untuk shopping time dan akhir sekali akan ke Jakarta semula. Ni serba sedikit perancangan percutian aku dan kawan di bumi Indonesia 6H5M untuk kali ni. Segala persiapan tempahan hotel, supir, map, itinerary semua kami dah prepare. Hopefully semuanya akan baik-baik sahaja setibanya di bumi jawa sana. Doakan.

Okay, nak kasi teaser sikit :)



Tuesday, June 3, 2014

STEAMBOAT DI RUMAH

Hi.

Siapa sini suka makan steamboat? Mesti ramai kan. Aku pun tak terkecuali. Memang gila makan steamboat, every month mesti wajib pegi Johnys untuk bersteamboat.

Tapi sekarang dah boleh dah bersteamboat ala-ala Johnys dirumah. Jimat pun jimat :)

 
Ni dia senjata utama untuk bersteamboat di rumah. Siap sekali grill. Awesome!
 
 
Actually baru je beli benda ni. So dengan rasa keterujaan yang maximum, usung la benda alah ni bawak balik kg sbb nak bersteamboat dengan family. Nah, belanja gambar saje. Hehehe.
 






Monday, June 2, 2014

END OF SEMESTER

Minggu terakhir sesi kuliah. Hoyeaaaah! Bukan students je seronok, lecturer pun seronok okay. Berkongsi rasa seronok itu sama-sama. Baru adil. HAHAHA.

Since dah last kelas, bergambar kenangan itu kemestian.  Ini mmg acara wajib every sem, end of the semester! Cliché.

Selama mengajar kelas ni, aku tak pasti apa sebenarnya 'rasa' diorang pada aku. Diorang suka ke tidak, boring ke tidak, enjoy ke tidak. Entah taktahu.  Itu semua aku malas ambil tahu. Tapi bilamana diorang ajak bergambar, masa tu terdetik, aku rasa aku dapat menambat hati diorang sepanjang sesi pengajaran kami berlangsung.



Dan paling aku suka, aku tak rasa ada gap dengan students Cina/India. Ini misi aku setiap kali dapat kelas baru, cuba  untuk close dengan semua even Chinese/indian students.

Alhamdulillah.
Ini muka-muka ceria kesayangan aku. Sampai bila-bila tetap kesayangan.










Sunday, June 1, 2014

MALEFICENT

 
Maleficent watak yang dilakonkan oleh perempuan cantik atas ni, Angelina Jolie. Superb! Jalan cerita awesome. Tak terfikir pulak boleh diubah storyline jadi macamtu sekali. Kalau dalam cerita 'Sleeping Beauty' kisahnya adalah tentang puteri Aurora itu sendiri. Tapi tidak dalam movie ni. Watak yang diketengahkan adalah MALEFICENT. Penceritaan tentang Maleficent dari kecil sehingga dewasa dan kisah antaranya dengan King Stefan di 'highlight'kan.
 
Maleficent ni baik sebenarnya. Kisah 'evil' si Maleficent bermula bila dia tak dijemput ke majlis meraikan puteri Aurora yang baru lahir. Dia menyumpah si Aurora supaya tidur selama-lamanya pada usianya 16tahun selepas terkena jarum mesin tenun. Dan penawarnya hanyalah ciuman kasih sejati.
 
Masing-masing mesti ingatkan ciuman dari putera raja kan? Nop.
Lain ceritanya kali ni. Ciuman kasih sejati, bukan cinta sejati. Hehehe. So ciuman oleh Maleficent lah yang telah mebangunkan semula Aurora sebab Maleficient memang sayang sangat  si Aurora ni.
 
Putera Philip dengan puteri Aurora.
 
 
Kalau dh sayang, kenapa dia tak tarik balik sumpahan? Maleficent dah cuba, tapi tak boleh sebab sumpahan itu tak boleh di ubah oleh sesiapa even diri dia sendiri. 
 
Itulah serba sedikit synopsis ye jalan cerita Maleficent ni. Bolehlah pegi tengok di panggung sekarang. Tak rugi.